Friday, March 25, 2011

Rahsia Ulam Ulaman

Ulam ialah sejenis tumbuhan yang dimakan mentah dan segar. Generasi kini lebih kenal dengan makanan ringan seperti ayam goreng Kentucky, kentang goreng McDonald dan sebagainya. 

Ulam-ulaman kaya dengan vitamin dan zat galian bukan sahaja berpotensi mengubati penyakit-penyakit tetapi mempunyai bahan anti-bakteria dan anti-oksidan.

kempen makan ulam-ulaman bukan sahaja mendapat perhatian orang Melayu bahkan orang Cina dan bangsa lain juga menunjukkan minat untuk memakan ulam-ulaman
Sudah tentu ianya menyihatkan.  Dan sudah tentu ianya bersih.  Ulam mudah diperolehi di pasar-pasar pagi, pasaraya dan pasar-pasar malam.  Malah ulam boleh didapati dibelakang rumah, tepi rumah dan kawasan kebun.  Lebih meyakinkan kalau tanam sendiri.


Ulam adalah makanan asli Melayu, lebih enak kalau ada banyak jenis lagi, ulam tak semestinya dimakan pagi, malah tengahari dan malam juga enak dimakan, tak susah nak sediakan ulam, begini langkahnya:-
1. Petik
2. Basuh/Celur 
3. Hidang 
4. Makan senang je.  Bergembiralah melihat gambar ulam-ulaman ini bagi peminat-peminat salad


Sunday, March 13, 2011

Tips nak kurus ! yeay berjaya kurus ! :)

Assalamualaikum. Dah lama gler ase tak update blog ni. Ari ni nak update nak cakap pasal kurus dan sihat. Tak perlu berbelanja besar untuk beli produk kurus yang mahal2 dan kualiti pun belum tentu lagi berbaloi, anda hanya Cuma mengamalkan makan tomato, kerana ia banyak khasiatnya.. jom selongkar rahsia di sebalik buah tomato ! Anda semua suka makan buah Tomato tak? Mesti ada yang suka kan? Ada juga buat tomato sebagai ulam dan juga dijadikan sebagai jus untuk minuman harian. Untuk pengetahuan semua, Tomato atau nama saintifiknyaSolanum lycopersicum mempunyai pelbagai khasiat yang tersendiri.

Jika kita lihat, buah tersebut mempunyai pelbagai warna seperti kuning & merah. Majoriti buah tomato berwarna merah disukai ramai. Tapi ternyata juga ada yang tak minat dengan buah tomato ni hehe.. Mungkin ada yang tidak tahu kenapa tomato itu bertukar menjadi warna merah.
Warna merah itu disebabkan likopena, iaitu karotenoid atau sebatian semula jadi yang memberikan warna merah kepada tomato dan pelbagai khasiat kebaikan antioksidan semula jadi yang baik untuk kesihatan badan. Selain mempunyai kebaikan antioksidan, makanan yang mengandungi likopena itu juga boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan penyakit jantung. Hasil kajian pakar penyelidik asing mendapati bahawa kandungan likopena begitu tinggi dalam pes tomato, sos tomato dan jus tomato.
Selain itu, likopena dapat membantu mencegah penyakit tertentu seperti kanser prostat, kanser paru-paru dan kanser perut. Likopena juga dapat membantu mengurangkan paras kolesterol dan sekali gus mengawal tekanan darah supaya stabil.
Ada sumber lagi mengatakan bahawa buah tomato jugak kaya dengan vitamin C. Vitamin C atau asid askorbik ini banyak khasiat nye dalam menjaga kesihatan tubuh badan. Salah satu peranannya adalah dalam penjagaan kulit. Dengan demikian, buah tomato ini dapat menghaluskan kulit dan mengelakkan pertumbuhan jerawat.

P/s: Kepada mereka yang ingin mengamalkan awet muda, cubalah makan buah tomato ni.. Tak payah cari ‘botox’ nak mencantikkan kulit. Jimat duit kan?? Ha.. kepada mereka yang ingin menguruskan badan / diet pun boleh amalkan makan tomato ni. Sebab.. kandungan airnya yang tinggi, lebih daripada 90 %, menjadikannya sebagai ‘diuretic’ yang baik untuk mengalirkan toksin keluardaripada badan ketika berdiet! So , sesiapa yang excited nak berdiet amalkan lah yer.. selamat mencuba okey.. jangan malas nak mencuba plak taw.:)
kalau nak lebih info bley klik sni ok? http://zonbisnes.com/khasiat-buah-tomato/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...