Website Signs
Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Friday, November 5, 2010

Ya, sy jatuh cinta kat awak bukan kerana Allah @ kecantikan awak, harta awak.. saya jatuh cinta disebabkan Syaitan...



Alkisah. Seorang lelaki A datang berjumpa dengan seorang perempuan. Perempuan yang paling 'hot' di kampusnya, kerana memiliki rupa paras yang fotogeniklah katakan, cantik, menawan dan yang paling orang suka dia ni seksi dan berada. Tapi sayang, dia bkn muslim.

Saya malas mau tulis panjang lebar. So, dialog ringkas sajalah(tak juga ringkas nie). Tapi sebelum tu, biar saya bagi tau korang ciri-ciri lelaki A tu. Lelaki A merupakan anak seorang Dato' entahlah Dato' apa. Saya pun tak berapa tau. Yang penting mamat ni kaya, kacak, bergaya. Nak gi kampus pon pakai kereta mewah, dah tu ada drebar pulak. Fuih, sape tengok, melopong je lah.



Alice: Apasal awak datang nak jumpa saya?
Lelaki A: Saya dah jatuh cinta kat awak.
Alice:(memandang lelaki itu dengan sinis) sebab?
Lelaki A:  Kerana awak cantik. Sesiapa yang memandang awak sekilas pasti tak puas. Sudikah awak jadi gf saya?
Alice: Tapi..
Lelaki A: Jangan risau Alice. Saya ada segala-galanya. Harta..kebahagiaan..dan apa je awak mintak, saya boleh bagi.
Alice: Maafkan saya, saya ada kuliah. (perempuan itu sengaja membuat dalih)

Seminggu kemudian. Perempuan 'hot' nie di datangi seorang lelaki lagi. Lelaki B. Yang ni, penampilan dia agak islamik'. Pakai baju Melayu siap bersongkok pulak tu. Tapi, hati dia kita tak taukan. Apa-apa pun, kenalah bersangka baik.

Alice: Ha, ada apa erk?
Lelaki B: Assalamualaikum. (ucap lelaki tu lembut)
Alice:(agak terkedu seketika) Waalaikumsalam. Kenapa awak datang nak jumpa saya?
Lelaki B: Saya...saya...
Alice: Kenapa? cakaplah..
Lelaki B: Saya jatuh cinta kat awak..
Alice: sebab?
 Lelaki B: Perlukah bersebab?
Alice: Ya. Sebab saya tak pernah kenal awak, tau2 awak dah jatuh cinta..
Lelaki B: Baiklah, saya cintakan awak kerana Allah telah ciptakan perasaan cinta dalam hati saya untuk awak.
Alice: Owh. (Perempuan itu melihat jam tangannya) Maaflah, saya ada study group. Lain kali kita borak lagi.

Maka tertinggallah lelaki B keseorangan tanpa jawapan dari sang gadis itu.

Seminggu yang seterusnya, perempuan itu didatangi oleh seorang lagi lelaki. Lelaki C. Kali ini, lelaki C berpenampilan biasa dan sederhana saja. Wajahnya juga tidaklah sekacak mana namun ada sesuatu pada wajah itu. Entahlah apa. Perempuan itu mengulum senyuman manis untuk lelaki itu kerana dia pasti bahawa lelaki ini pasti akan bercakap benda yang sama.
  

Alice: Saya tau kenapa awak datang nak jumpa saya..
Lelaki C: (Termangu seketika) Awak dah tau?
Alice: Why not? Awak cintakan saya?
Lelaki C: Ya, saya menyintai awak.
Alice: (tersenyum sinis) Well, kenapa pulak? Sebab Allah telah menghadirkan perasaan cinta kat dalam hati awak untuk saya?
Lelaki C: (hanya mampu tunduk)
Alice: Kenapa diam? atau..awak jatuh cinta di sebabkan rupa saya..atau saya ni seksi..atau..saya ni anak orang berada..
Lelaki C: Demi Allah, semua itu tak betul.(Lelaki C berubah menjadi tegas). Ya, memang benar saya jatuh cinta kat awak tetapi bukan kerana Allah atau kerana kecantikan awak, harta awak.. saya jatuh cinta disebabkan Syaitan Durjana. Syaitan yang mendorong saya untuk mengejar awak. Kemana saja awak jalan, mata saya akan mengekori awak. Tatkala rambut ikal awak terbang ditiup angin, saya rasa perasaan saya kacau.Wajah cantik awak sentiasa datang bermain di jiwa saya pada hal saya tak menginginkannya. Saya rasa rimas dengan perasaan saya. Saya semakin hanyut. Semakin terleka.
Alice: (terkedu) Apa awak nak?
Lelaki C: Saya tak mahukan apa-apa. Mungkin hanya sekelumit simpati. Hanya kalau awak sudi. Maafkan saya, saya mohon untuk berlalu.
Alice: Nanti dulu, siapa nama awak? Macam mana saya nak tolong awak?
Lelaki C: Nama saya, ah, tak layak saya nak beritahunya kat awak. Sesungguhnya nama yang saya pinjam ini sungguh mulia. Saya pasti awak tau apa nak dibuat. Maafkan saya, saya tak sanggup nak berlama-lama di sini.. Syaitan itu sentiasa membisikkan perkara yang jahat ke telinga manusia. Salamu'alaikum.

Alice hanya melihat langkah lelaki itu tanpa sepatah kata.

Dua tahun kemudian.

Akif merehatkan dirinya di pelantar rumah sambil menghirup udara segar pagi. Tiba-tiba dia disapa oleh ibunya.

Ibu: Akif, ibu teringin nak tengok Akif berumah tangga. Akif tak de ke pilihan hati Akif sendiri?
Akif: Entahlah ibu. Susah kita nak mencari pasangan yang betul2 berdiri di atas landasan yang teguh.
Ibu: Akif, ibu faham. Memang susah nak cari orang yang seperti itu, kalau ada pun, nisbahnya kecil. Manusia makin hanyut ditelan arus dunia. Semakin moden, semakin lupa tanggungjawab kita sebagai muslim. Tapi Akif, kita juga boleh menjadi pengubah.
Akif: Ibu.. Akif faham. Insya Allah ibu, Akif akan cari seorang perempuan..jika dia tak seperti yang Akif harapkan, Akif yang akan membentuk dia, mengubah dia. Akif akan cuba laksanakan permintaan ibu.
Ibu: (tersenyum) Akif, ibu rasa, ibu sudah berkenan dengan seorang gadis ini. Dia baik dan manis juga orangnya. Pekerjaannya juga mulia. dia bekerja sebagai seorang guru di sekolah menengah agama. Ibu dah berbual-bual dengan ibu bapanya. Baik sungguh mereka itu.
Akif: Siapa dia ibu? siapa nama dia?
Ibu: Nur Alissa Zakiyyah...

Seminggu sebelum hari pertunangan. Waktu itu, Akif berada di rumah Nur Alissa Zakiyyah. Baru kali pertama Akif ke sana. Rumah yang dijejakinya ini sungguh besar dan luas. Halamannya juga menarik bersama landskap yang begitu teratur. Bunga-bungaannya memukau mata. Suasana agak hingar-bingar. Ibu Akif berada di dalam rumah mungkin sedang sibuk membantu mereka yang lain menyiapkan juadah makan tengah hari bersama.

Akif berjalan menuju ke suatu sudut di halaman itu namun langkahnya terhenti apabila terlihat seorang gadis bertudung hijau lembut sambil mengenakan pakaian baju kurung..entahlah baju kurung jenis apa yang penting ianya gubahan moden seiring mengikut zaman. Gadis itu seperti pernah dilihatnya di dalam sekeping gambar. Gambar yang diberi ibunya. Mungkinkah itu bakal tunangnya?



Akif memberanikan diri untuk menyapa gadis itu.

Akif: Assalamu'alaikum.
Alissa: Wa'alaikumsalam. (Alissa tersenyum lantas membelakangi Akif)
Akif: Awakkah Nur Alissa Zakiyyah??
Alissa: Dan awak pula Akif Rahmankan?(soal Alissa tanpa menjawab pertanyaan Akif terlebih dahulu)
Akif: ya. Akif Rahman Bin Razaq. Awak belum jawab soalan saya..
Alissa: Hum.. akhirnya...
Akif: (Akif hairan) Kenapa? Pernahkah kita bertemu atau berkenal?
Alissa: Ya.
Akif: Siapakah awak? (tanya Akif penuh kehairanan)
Alissa: Nama saya Nur Alissa Zakiyyah binti Aziz. Sayalah Alice.
Akif: (terkesima) Subhanallah. Awak dah berubah, saya langsung tak cam awak. Macam mana awak boleh jadi macam ni?
Alissa: Bukankah awak yang meminta sekelumit simpati dari saya?
Akif: Alice...(terharu..)
Alissa: Akif, saya dah jatuh cinta kat awak. Dah lama..
Akif: Sebab?
Alissa: Saya mencintai awak kerana agama yang ada pada awak...

Akif hanya tersenyum.. :)



Sharing is caring..caring is loving..

Thursday, October 7, 2010

Sayang,izinkan abang nikah satu lagi boleh?


"Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi," Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika.
Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.
Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang.
Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk?
Dia menghela nafas panjang.
Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.
Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang.
Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur.
Buat Lelaki, tanamkan sifat belas dan kasihan kepada wanita yang lemah
Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya.
Kini, anak-anak kian beranjak remaja dan kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin, lalu pengabisannya dia kembali kepada suaminya.
Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah.
Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.
"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.
"Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.
Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah.
Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat.
Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak.
Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.
"Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.
Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran.
Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.
"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?" pelik benar permintaan isterinya.
Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju.
Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.
Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur.
Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga.
Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak.
Buat Wanita, belajarlah untuk setia kepada hanya seorang manusia iaitu suami
Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu.
Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.
"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abang," terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau. "Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis.
"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?" "Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin.
"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abang dah lama hidup dengannya. Abang faham," Qistina mengalih pandangannya.
Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua.
Heh, ini Qistina lah, jangan haraplah jika nak membuli aku.. Desis hati kecil Qistina.
Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu.
Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.
Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah.
Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra.
Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di Masjid Putra.
Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid dan kemudiannya menghadiri majlis kuliah agama.
Membaca Al-Quran secara bertaranum itu adalah kesukaannya.
Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan.
Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji.
Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu.
Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah.
Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.
Tit.. tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. "Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat Kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama Abang."
Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.
Kepada: Asraf Mukmin, Suami yang tersayang...
Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.
Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. Abang yang dikasihi, genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina.
Terima kasih kerana Abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.
01. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tak sanggup Abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abang...
02. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tahu selera Abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abang...
03. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abang untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abang...
Abang yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.
Abang yang dicintai, di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak.
Jika munajat Abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina.
Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di Sawarak. Menunggu Abang... Aliyah sayangkan Abg...
Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkan Abg.

Friday, September 3, 2010

hanya TUHAN yang tahu !

Ku pendamkan perasaan ini...
Ku rahsiakan rasa hati ini...
Melindungkan kasih yang berputik...
Tersembunyi di dasar hati...


Ku pohonkan petunjuk Illahi...
Hadirkanlah insan yang sejati...
Menemani kesepian ini...
Mendamaikan sekeping hati...


Oh Tuhanku...
Berikanlah ketenangan abadi...
Untukku menghadapi resahnya hati ini...
Mendambakan kasih insan yang ku sayang...


Dihati ini hanya tuhan yang tahu...
Dihati ini aku rindu padamu...
Tulus sanubari menantikan hadirmu...
Hanyalah kau lelaki pilihanku...

Kerana batasan...
Adat dan syariah...
Menguji kekuatan...
Keteguhan iman...
Insan yang berkasih...


Oh Tuhanku...
Berikanlah ketenangan abadi...
Untukku menghadapi resahnya hati ini...
Mendambakan kasih insan yang ku sayang...


Dihati ini hanya tuhan yang tahu...
Dihati ini aku rindu padamu...
Tulus sanubari menantikan hadirmu...
Hanyalah kau lelaki pilihanku...




hehe ase macam jiwang la plak.. jum sama2 nyanyi lagu ni k..
selamat mencuba ^_^

Sunday, August 8, 2010

PELIK TAPI BENAR


Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua.. diharap sihat sejahtera lah hendaknya.. aminn.. okey hari ni baru lah berpeluang nak update blog ni.. cdeyh act tak tahu nak post pasal ape.. lama pikir akhirnya dapat juga idea nak tulis pasal ap.. dalam sedar atau tidak act skg ni kes ‘les’ or ‘gay’ sudah terbiasa dalam kalangan remaja masa kini.. Tetapi kenapa masyarakat memandang enteng terhadap masalah gejala sosial sebegini.. hal ini lah yg seolah olah makin menggalakkan mereka meneruskan aktiviti jijik ini dan membiarkan hal ini berleluasa dan meningkat dari hari ke hari.. betapa sedihnya rasa melihat mereka beraksi bagaikan sepasang kekasih sedangkan mereka adalah dari spesis yg sama.. (perempuan sesama perempuan atau lelaki sesama lelaki)



Pernah tak kita fikir apa faktor mereka terjebak ke dalam gejala negatif ni.. rasa2 nya ada banyak faktor yg kita boleh kaitkan.. antaranya mungkin ada dalam kalangan mereka yang patah hati dengan pasangan mereka yang sebelum2 ini dan meluahkn segala kedukaan kepada temannya.. dan mungkin mengganggap temannya lebih memahami perasaannya dan lebih caring dari ex mereka yg sebelum ni.. jadi mereka ni merasa kasih syg yg secukupnya dr teman nya dan perasaan sayang tadi akhirnya bertukar jadi cinta tanpa disedari.. maka bermulalah hubungan terlarang sebegini.. nauzubillah..
Cukuplah sekadar kita mempunyai hubungan spesial sebagai kawan baik atau teman akrab, tak lebih dari itu.. betol2 pelik dengan golongan2 ni.. ke mana2 pasti berdua dan beraksi seperti pasangn2 yg lain.. tidur semestinya lah satu katil.. pastu tak tau lah apa jadi.. astaghfirullah.. tak tahu nak ckap camne.. ini semua hasil dari pemerhatian yang dibuat dgn mata kasar aje.. hmm da tak sanggup rasanya setiap kali nak bertembung ngan diorang.. kadang2 mereka pulak yg pandang lain macam kat kite.. knapa ea????? Macam kita pulak yang bersalah.. huh macam2 kan..



Lagi 1 hal mereka sedikit pon tidak rasa malu apabila gelagat mereka disaksikan oleh masyarakat sekeliling.. kadang2 kita yang tengok ni pulak yang rasa malu.. isy2 terok betol kan.. apa yang meyebabkan mereka boleh mempunyai perasaan sebegitu kepada kaum sejenis nya.. kawan2 hindarilah diri kita dari gejala tidak senonoh ini.. mintak simpang la kan.. harap2 kalau yang da terjebak tu cepat2 la kembali ke pangkal jalan..cepat minta ampun dari ALLAH.. bertaubat padaNYA sementara kita masih lagi diberi hidayah olehNYA..
kalau ada yang terbaca entri dan rasa2 ada kaitan dirinya,harap dimaafi.. anggaplah ini hanyalah sekadar pesanan untuk diri sendiri dan teman2 lain yg ku sayangi.. kenapa perlu ada hubungan sejenis sebegini???? Hindarilah diri kita sebelum terjebak.. insyaALLAH..
bersama kita renungkan, sekadar meluahkan apa yg terlintas di hati..
salam ..



Friday, May 28, 2010

Hantu si buaya darat






Assalamualaikum dan salam sejahtera,hehe best nye cuti kat rumah tau hingga lupa nak update blogger hehe.
Kali ini lia nak share satu cite tentang hantu, eee takutnya. Tak de pe2 la huhu, hantu ni lain sikit hantu versi manusia yang gatal plus bajet hensem(erk laki ke? Haha) . Jangan marah ye bagi siapa yang terasa.
Hantu ni banyak golongan tau, tapi maybe anda semua dah dapat tangkap apa yg lia nk sampaikan. Senang cite lia cakap hantu ni sama la dengan laki buaya haha. Tak boleh nampak wanita cantik sikit, mau je naik ulat bulut dia hihi.

Hantu-hantu ni kan dia ada banyak taktik nak ngorat golongan2 hawa ni,
PERTAMA
Bila hantu2 ni tertarik ke sorang pompuan tu, mula-mula dia akan skodeng lu latar belakan pompuan tu. Tak kisah r dengan Tanya kawan ke, Tanya lectrure ke, Tanya pak guard ke hihi, yang penting dia leh tau sal pompuan tu.
KEDUA
Hantu2 ni sepetak ke depan sikit, mula lah tegur pompuan tu. Jika pompuan tu bagi lampu hijau barulah hantu2 ni akan teruskan langkah seterusnya hehe
KETIGA
Minta no phone. Hehe yang ni mencabar sikit, maybe hantu-hantu tu akan cakap kat pompuan tu “kita dah lama kenal, tapi saya tak tahu pun lagi no phone awak” tak pun dia akan cakap “takkan kita nak kenal setakat ni je kan, pasni kalau dop jauh cam ne?” hehe tu tandanya dia sedang menanti no phone anda hehe.
Takpun dia akan guna taktik ambil lu no phone baru dia cakap kat pompuan tu, haa pastu dia x tipu dari mana dia dapat no phone tu dia akan bagitahu hal sebenar, samada dpat dari kawan ke atau dari sesape. At least dia berlaku jujur kat pompuan tu
KEEMPAT
Mula lah buat baik ngan pompuan tu, bagi hadiah la, belanja makan la dan macam2 lagi yg sewaktu dgnnya k
KELIMA
Kalau line ok, dia bertindak berani sikit untuk cakap yang dia suka kat pompuan tu. Mungkin dia akan cakap camni
“sebenarnya saya ada perasaan istimewa kat awak, tak tahu lah kenapa saya tertarik dengan awak, saya tengok awak biasa je, mungkin awak sangat baik”
Takpun
“kalau boleh hubungan saya dengan awak lebih sebagai seoarang kawan, sebab saya dah mula mencintai awak”
Mungkin hantu-hantu ni akan guna sms je kot takpun hantu2 professional akan cakap direct wuahahaha
“I luv u”
Hehe
Tapi kan hati-hati dengan hantu-hantu ni, bila borink dia tinggalkan camtu je awek dia,, eee jaat tol
Klau tinggal camtu je takpe ni ada hantu yang kejam sampai sanggup gadai maruah kekasih dia tu lagi teruk. Minta jauh la kalau dapat teman camtu
Bagi Lia jodoh tu tak kemana, sekarang pun Lia dah ada orang special lam hidup lia hihi, moga-moga hubungan kami berkekalan hingga akhir hayat ~ sayang kat dia hihi
K la setakat ni je la.. nak tau lagi Tanya r sendiri pakwe masing2 ye kuikuikui
Dah2 Lia nak p masak lak hehe
Bye..

sUatU ketikA daHUlu

salam semua..ni lia nk share ckit kisah lama2..hehe..
huhu..cam bes jew time ni..
hmm gamba ni time bile ek..lia da lpe la..huhu..
ouh patut la baru engt time ni celebrate birthday adikku tersyg..
2 2 org nie..tpi cdeyh sebab xdpt nk clebrate same..huk3..
kecewa tol asenyer..x aci..hehe..
hmm cam bdak2 la plak kn..hi3..
ouh yela time 2 lia ade kat kolej bawu teringt blik..
xpe la xdpt celebrate same pon at least dapt gak wish besday kat diorang..
i really love u all..

mUAhhx !!!

walaupon diorang x bce blog ni tp bia diorang tau yg akk dye ni syg korang sgt2..
xpe lah t ade mse kite celebrate same k..
huhu..insyaallah..lalala..
k la i need to go..ade kje menanti,,
maklum lah duk umah nie kne jdik bibik kan..hik3..
c u all..
tata ^^~


jelesnyer..huk3


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...