Website Signs

Saturday, October 30, 2010

oh comel nya kucing ni!

Kitty Pink Pictures, Images and Photos

lalala ~
oh comel nya kucing ni.,lia suka kucing tau..
so cute..ase tenang je tgok kucing ni nak buat kerja pon rasa macm hilang semua tekanan..
sebelum study tu,lia usha kucing dulu,,
hehe..macam xde kja je kan..saje je borink3..
tension study chemist..huk3..doakan lia dapat jawab final chemist ni okey.. 
Chi WPM Cute Pictures, Images and Photos

tapi tak mahu jadi macam kucing yg kat atas ni taw..
overjoy sgt tekan keypad..hi3..
semangat tol..isy2..bahaya tau kalau jadi cam tu..
non stop online..inu dinamakan sebagai kaki online tegar..
eyh yeke??hihi entah la..ye kot..
haa cube tgok dri kita agak2 kita termasuk tak dalam golongan ni tak..
hehe..kalau termasuk cepat2 ada masa lagi nak berubah jadi tak tegar..
huhu..

ok la lia nak pergi library da ni..times up..masa untuk STUDY.. btw 3/11 ni lia ade exam chemistry.. my second paper... i am so scared..
huhu wish me gud luck k.. buat sahabat2 semua teruskan perjuangan k kerna perjuangan kita masih belum selesai.. ok good luck semua.. berjuang hingga ke akhirnya!!
animated teddy bear with hearts 
Pictures, Images and Photos
sekian,assalamualaikum..

Thursday, October 28, 2010

Kuku siapa paling lawa dan sihat?

Penyakit Berkaitan Warna Kuku

animated teddy bear with hearts Pictures, Images and PhotosDiagnosis penyakit berkaitan kuku sebenarnya sudah dilakukan banyak orang sejak zaman Hippocrates. Berikut ini beberapa perubahan warna kuku sebagai petanda suatu penyakit :




1. Pangkal kuku membiru : menandakan kurang baik peredaran darah dan merupakan gejala penyakit jantung.

2. Separuh bagian pada hujung kuku berwarna merah muda atau coklat sementara kulit ari berwarna putih : menandakan penyakit gagal ginjal.

3. Kuku terlihat kusam dan terdapat kerutan horizontal : menandakan kekurangan gizi, gejala suatu penyakit campak, cacar air, gondok, jantung serta sindrom Reynaud (kejang pada urat jari tangan/kaki diakibatkan sangat kedinginan).

4. Lapisan merah membujur pada kuku : menandakan perdarahan pada pembuluh kapilari, bila terdapat garis ganda merupakan gejala penyakit darah tinggi (hypertensi).

5. Kuku bewarna kekuning-kuningan : menandakan penyakit pernafasan seperti bronkitis kronis atau bentuk pembengkakan di tangan (lymphedema).

6. Kuku bewarna kekuning-kuningan disertai dengan pertumbuhannya lambat, tebal dan mengeras : menandakan gangguan getah bening atau penyakit pencernaan kronik.

7. Kuku yang berwarna kehitaman : mungkin simptom kanser kulit, kerana itu harus selalu diperiksa untuk menentukan apakah itu merupakan melanoma (kanser kulit).

8. Lingkaran sabit di kuku ibu jari berwarna merah muda : menandakan peredaran darah pankreas kurang baik dan bila fungsi pankreas menurun dapat menyebabkan seseorang mudah lesu, seterusnya berkembang menjadi kencing manis. Lingkaran sabit di kuku jari telunjuk berwarna merah muda : menandakan usus dan lambung lemah.

9. Lingkaran sabit di kuku jari tengah berwarna merah muda : menandakan seseorang mudah terserang rasa gelisah, mengalami gangguan pada bagian organ dalamnya, tidak nyenyak tidur, sering pening.

10. Lingkaran sabit di kuku jarimanis berwarna merah muda : menandakan datang haid tidak normal merasa kepanasan atau kedinginan hingga mengganggu peredaran darah.

11. Lingkaran sabit di kuku jari kelingking berwarna merah muda : menandakan keadaan jantung lemah.

12. Kuku berbintik merah atau hitam : menandakan peredaran darah otak kurang baik.
Untuk mengetahui kesihatan tubuh secara keseluruhan, cubalah anda menakan secara perlahan setiap kuku jari anda. Bila kuku menjadi merah setelah ditekan, bererti anda memiliki peredaran darah dan organ tubuh yang baik. Namun jika kuku tidak segera memerah setelah di tekan, bermaksud peredaran darah anda tidak lancar dan ada organ tubuh yang kurang sihat.


ni pic tyme jari lia luka suatu ketika dulu..saje nk tunjuk kuku sebenarnye..lawa tak kuku saya?hee..


Selamat mencuba..


Tabiat gigit kuku
Tabiat gigit kuku (onychophagia). Kebiasaan ini lebih banyak dialami wanita. Terutama untuk menutupi rasa gugup, menahan lapar atau ketika merasa bosan. Perlu diketahui, kebiasaan seperti ini selain merosak kuku dan melukai jari juga boleh membahayakan kesihatan anda.
Seperti yang kita tahu di bawah permukaan kuku banyak sekali bakteria. Jika kita sentiasa dan menjadi kebiasaan menggigit kuku, risiko yang besar kita akan dijangkiti bakteria yang ada pada kuku tersebut. Kesannya, menggigit kuku dapat menyebabkan penyakit. Seperti, penyakit gusi. Ketika kulit pada sisi kuku patah saat digigit, itu boleh berdarah dan menjadi sangat jangkitan virus. Perbuatan atau tabiat ini biasanya dilakukan dalam keadaan kita tak sedar.
Langkah-langkah mengatasi
- Luangkan masa memotong kuku.
- Bagi yang stress, cuba cari cara lain bagi mengelakkan stress.
- Visualisasi terapi
- Disebabkan kebanyakannya berpunca daripada stree, jadi cuba luangkan masa dengan merehatkan diri anda.

Gejala Gigit Kuku
- Kuku pendek, Kulit di sekitar kuku rosak, pendarahan kulit di sekitar kuku, sering menggigit kuku.
Harap info dapat bantu anda semua.. :) 
animated teddy bear with hearts Pictures, Images and Photos
sekian,wassalam.

Fadhilat Membaca Surah Yaasin.


Ayat 1 - 9 : Untuk keselamatan diri

Ayat 9 : Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir. Dr kata janganlah digunakan utk elak Kastam. Tu dah niat lain.......Ayat 12 : Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini di hafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

Ayat 13 - 35 : Mengisahkan orang-orang yang mati syahid. 

Ayat 22 - 23 : Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.

Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut & juga utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.

Ayat 30 : Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya). 

Ayat 32 : Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t. Kita umat Muhammad & kita orang Islam

Ayat 33 - 35 : Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur


Ayat 36 : Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.Caranya: Baca dan berdoa. Hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah. 

Ayat 37 : Adalah untuk menetapkan aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.

Ayat 38 : Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu. 

Ayat 39 : Mengisahkan ilmu falak. 

Ayat 40 : Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu. 

Ayat 41 : Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal - Elok di baca sewaktu menaiki kenderaan. 

Ayat 44 : Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Di baca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.

Ayat 45 - 48 : Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.

Ayat 49 : Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.Tiupan 1 - Datang dengan tiba-tibaTiupan 11 - HancurTiupan 111 - Semua orang di hidupkan semula dan hadir dipadang Mahsyar.

Ayat 50 : Setiap orang akan dihisap mengikut amalannya. 

Ayat 58 : Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x. 

Ayat 76 : Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan & jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa.Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.

Ayat 78 - 79 : Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan .Untuk doa ayat 78. "dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?. Juga bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah berikan ayat ini. 

Ayat 79 : Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."

Ayat 82 : Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu bacalah 100x .Dibaca pada air dan minum selama 40 hari boleh menjadi penawar.Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari.Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut pastu baca pada air 100x & berdoa apa sahaja hajat
Buah-buahan yang diceritakan dari dalam Al-Quran adalah:Buah Zaiton - Elok untuk kulitKurma - Berkhasiat (memberi tenaga)Delima - Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang mujarabAd Tin - Memberi kekuatan - tenaga, fikiran lemah, tidak boleh beranak. 


Seelok-eloknya dibaca : 
1. Selepas sembahyang subuh2. 3 Jumaat berturut-turut3. Ayat 1 - Yassin baca 7x4. Ayat 38 - 12x5. Ayat 58 - 7x6. Ayat 82 - 14x7. Habis, diulang semula step 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x.8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah.9. Perlu yakin, isyallah dgn berkat Allah ianya termakbul.

Monday, October 25, 2010

Fall In Love For Ur.....


Open your eyes (maher zain)



Look around yourselves
Can’t you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony
Let’s start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..
We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..
Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you’re feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?
Lets start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..
We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..
When a baby’s born
So helpless and weak
And you’re watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..
We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we’ll see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..
Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..
Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
Alhamdulillah..

p/s :seriously i fall 4 u, maher zain...hehe..suke semua lagu2 dye.. lagu dye sesuai dye tuk semua.. sweet sgt lirik dye, menggambarkan keindahan islam yg patut kita hayati.. mari dengar n nyanyi lagu ni bersama..sekian, wassalam..
Teddy Bear love Pictures, Images and Photos

Saturday, October 23, 2010

Air Mata Seorang Wanita


"Suatu ketika, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?” Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.” “Saya tak mengerti ibu,” kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti…”



Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?” “Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas.” sang ayah menjawab. “Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya ia merasa seolah mendengar jawapannya:

“Saat Ku ciptakan wanita, saya membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila ia telah membesar.

“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak-anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didekap dengan lembut olehnya.


“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.

“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

“Dan akhirnya, Kuberikan ia air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat ia gunakan bila masa pun ia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”

bersyukurlah dilahirkan sebagai wanita...
tambahlah bersyukur dilahirkan sebagai wanita Muslimah..."

Thursday, October 21, 2010

mulianya hati seorang anak kecil


Assalamualaikum w.b.t. hari ni lia nak share satu kisah yang dikongsi daripada kwan yang mengisahkan seorang anak kecil yang berhati mulia dan kemudian mampu membuatkan ayahnya menitiskan air mata kerana mempunyai anak seperti itu.
Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani para jamaah di Masjid
Imam dan putera lelakinya yang berumur 11 tahun akan keluar ke bandar untuk
mengedarkan risalah bertajuk “Jalan Ke Syurga” dan juga menyampaikan ceramah agama. 
Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan putera lelakinya akan keluar untuk mengedarkan risalah.
Bagaimanapun pada petang tersebut keadaan di luar rumah sangat sejuk dan hujan pula turun dengan sangat lebat. 
Budak itu memakai baju sejuk dan baju hujan dan berkata “OK ayah, saya sudah bersedia”. 
Ayahnya berkata “Bersedia untuk apa?”.
Budak itu menjawab “Ayah, masa telah tiba untuk kita keluar mengedarkan buku-buku tentang Islam ini”. 
Ayahnya membalas “Anakku, di luar sana sangat sejuk dan hujan lebat pulak”. 
Dengan muka yang kehairanan, budak itu bertanya ayahnya, “Tetapi ayah, adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?” 
Ayahnya menjawab, “Anakku, Ayah tak akan keluar dengan cuaca begini..”.
Dengan nada sedih, budak itu bertanya, “Ayah, boleh tak benarkan saya pergi?”.
Ayahnya teragak-agak seketika, kemudian berkata, “Anakku, awak boleh pergi.
Bawalah buku ini semua dan berhati-hati” .


Kemudian, budak itu telah keluar dan meredah hujan.
Budak sebelas tahun ini berjalan dari pintu ke pintu dan lorong-lorong sekitar bandar.
Dia memberikan risalah dan buku kepada setiap orang yang ditemuinya.

Setelah dua jam berjalan dalam hujan, akhirnya tinggal hanya satu naskhah padanya.
Ketika itu dia telah basah kuyup dan berasa sejuk hingga ke tulang.
Budak itu berhenti di satu penjuru jalan sambil mencari seseorang untuk diberikan buku tersebut.
Namun keadaan di situ lengang.
Kemudian dia berpatah balik ke rumah pertama yang dia lalu di lorong itu.
Dia berjalan di kaki lima menuju ke rumah tersebut.
Bila sampai di pintu hadapan, dia menekan suis loceng namun tiada sesiapa yang membuka pintu.
Dia tekan lagi dan lagi, tetapi masih tiada jawapan.
Dia tunggu lagi tetapi masih tiada jawapan.

Akhirnya dia berpaling untuk meninggalkan rumah tersebut, tetapi seperti ada sesuatu yang menghalangnya.
Dia kembali ke pintu itu dan menekan lagi suis loceng dan buat pertama kalinya mengetuk pintu dengan kuat.
Dia tunggu, kemudian seperti sesuatu di anjung rumah itu menghalangnya supaya jangan pergi.
Dia menekan suis loceng sekali lagi dan kali ini dengan perlahan pintu dibuka.

Berdiri di hadapan pintu itu seorang perempuan tua yang berwajah kesedihan.
Dengan perlahan perempuan tua itu bertanya, “Apa yang boleh saya bantu awak, wahai budak?”.

Dengan senyuman serta mata yang bersinar yang boleh menyinarkan bumi, budak itu berkata,
“Makcik, saya mohon maaf kalau saya telah mengganggu makcik.
Saya hanya ingin memberitahu bahawa Allah sangat sayang dan sentiasa melindungi makcik.
Saya datang ini hendak memberikan sebuah buku yang terakhir ada pada saya ini.
Buku ini menerangkan semua tentang Tuhan,
tujuan sebenar Tuhan menjadikan kita dan bagaimana untuk mencapai kebahagiaan daripada-Nya” .

Kemudian, budak itu menyerahkan buku terakhir itu dan berpaling untuk balik.
Sebelum berjalan balik, perempuan itu berkata,
“Terima kasih ya anak dan semoga Tuhan memberkatimu” .

Selepas solat Jumaat pada minggu berikutnya, Imam menyampaikan ceramah agama seperti biasa.
Dia menamatkan ceramahnya dengan bertanya,
“ Ada sesiapa yang ingin bertanya soalan atau ingin berkata sesuatu?”.

Dengan perlahan, di barisan belakang di kalangan tempat duduk muslimat,
suara seorang perempuan tua kedengaran di speaker,
“Tiada di kalangan jemaah yang berkumpul ini mengenali saya.
Saya tidak pernah hadir sebelum ini.
Sebelum hari Jumaat yang lepas, saya belum lagi memeluk agama Islam bahkan tidak terfikir langsung untuk memeluknya.
Suami saya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu,
meninggalkan saya sebatang kara, saya benar-benar keseorangan di dunia ini.”

Pada petang Jumaat yang lepas, ketika cuaca sejuk dan hujan lebat,
saya telah bertekad untuk membunuh diri kerana sudah putus harapan untuk hidup.
Jadi saya mengambil seutas tali dan sebuah kerusi lalu menaiki loteng di rumah saya.
Saya ikat tali tersebut dengan kuat pada kayu palang di bumbung rumah kemudian berdiri di atas kerusi,
hujung tali satu lagi saya ikat di sekeliling leher saya.


Sambil berdiri di atas kerusi, saya berasa benar-benar keseorangan, patah hati.
Saya hampir-hampir hendak melompat tiba-tiba loceng pintu berbunyi di tingkat bawah dan saya tersentak.
Saya berfikir untuk menunggu sebentar, dan pasti orang itu akan pergi.
Saya tunggu dan tunggu, tetapi bunyi loceng semakin kuat dan bertubi-tubi.
Kemudian orang yang menekan suis loceng itu, mengetuk pintu pula dengan kuat.

Saya berfikir sendirian lagi “Siapalah di muka bumi ini yang boleh buat begini?
Tiada siapa pernah tekan suis loceng itu atau nak berjumpa dengan saya”.
Saya longgarkan tali ikatan di leher dan kemudian pergi ke pintu hadapan.
Ketika itu bunyi loceng kuat dan semakin kuat.

Bila saya buka pintu dan lihat, sukar untuk dipercayai oleh mata saya,
di anjung rumah saya itu berdiri seorang budak yang sangat comel yang bersinar wajahnya seperti malaikat,
tidak pernah saya jumpa sebelum ini di dalam hidup saya.

Budak itu tersenyum.
Oh! Saya tidak dapat hendak gambarkan kepada anda semua.
Perkataan yang keluar daripada mulutnya menyebabkan hati saya yang telah lama mati tiba-tiba hidup semula, seruan budak itu seperti suara bayi yang sangat comel.
“Makcik, saya datang hendak memberitahu bahawa Allah sangat menyayangi dan sentiasa melindungi makcik”. Kemudian dia memberikan kepada saya sebuah buku bertajuk “ Jalan Ke Syurga” yang saya sedang pegang ini.

Bila “malaikat kecil” itu telah pulang meredah sejuk dan hujan,
saya menutup pintu dan membaca dengan perlahan setiap perkataan yang tertulis di dalam buku tersebut.
Kemudian saya naik semula ke loteng untuk mendapatkan semula tali dan kerusi.
Saya tak perlukannya lagi.

Oleh sebab di belakang buku ini ada tertera alamat tempat ini,
saya sendiri datang ke masjid ini ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan.
Tuhan kepada budak kecil yang telah datang tepat pada waktunya,
yang dengan demikian telah terhindar jiwa saya daripada keabadian di dalam neraka.

Ramai yang berada di dalam masjid ketika itu menitiskan air mata.
Mereka melaungkan TAKBIR…ALLAH HU AKBAR…gemaan takbir bergema di udara.
Imam iaitu ayah kepada budak itu turun dari mimbar pergi ke barisan hadapan di mana
“malaikat kecil” itu sedang duduk.

Dia mendakap puteranya dengan air mata keluar tanpa disedarinya.
Mungkin tidak ada jemaah yang memiliki saat yang lebih mulia ini dan mungkin di alam semesta ini belum pernah melihat seorang ayah yang penuh kasih sayang dan penghormatan terhadap anaknya.
Inilah satu peristiwa..

Mari bersama kita cek hati kita di tahap mana dan bersama kita perbaiki kelamahan yang ada.
Sekian, wassalam.

Tuesday, October 19, 2010

demam melandA :(

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Wah rindunyer kat blog. Terasa lama sangat tak update blog.
MOOD sy buat masa sekarang ni ADALAH :
·       Study
·       Tired
·       Sleepy
·       Happy
·       Sad
·       Hungry
·       Excited
 Apa-apa pun yg penting senyum selalu tau :)
Byk nye mood dye.. ada orang ckap cam tu.. bese la tu pening kan ada banyak kerja..
Ok2 actually saje je nak memunculkan diri untuk sejenak.
Good luck untuk semua kawan2  yg bakal menduduki final paper.
Do ur best k.. insya Allah..
Sekian , wassalam..
 bez nye dpt bunge cam gini..tak saba nak grad JGAK:)

Thursday, October 7, 2010

Dari Lubuk Hati Yang Paling Dalam.

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Apa khabar semua? Sihat? Da makan ke? Da mandi ke? Da solat belom? Da gosok gigi? Hihi jawab tau. Kali ini lia rasa entry ni agak sedih sikit berbeza dengan yang lain. Actually today lia nak mengisyhtiharkan bahawa lia akan stop berbloging buat sementara waktu.   Maybe dalam jangka masa yang lama insya Allah.
First and foremost I am so sorry. Ini kerana lia nak focus on my study first. Sorry sangat2 buat teman blogger if lia tak balas balik kunjungan korang. Bukan apa actually skrg ni makin busy ngn macam2 benda yang perlu disetelkan dari project lab work, test, report, assignment, presentation hingga lah ke final exam. So rasanya anda semua pon sama kan. Masing2 da busy. So I wish u all good luck and all the best in whatever you do. I will pray for ur success. But if anda ada apa2 pesanan boleh la jerit kat my shoutbox saja okey. Jerit kuat2 tau sampai lia dapat dengar. Hihi. Nanti lia akan baca. Thank you pada semua yg rajin dtg singgah blog lia and komen2 sekali. Jasamu dikenang samapai bila2.  Kalau nak sebut semua tak larat nak taip satu pagepn tak sure cukup ke tak nak taip nama2 anda yang baik hati belaka. Hehe.
Ok la sampai di sini sahaja kisah saya untuk coretan saya buat kali ini. Semoga kita bertemu lagi pada lembaran yang akan datang jika diizinkan Allah. Insya Allah. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita.
Lastly goodbye to my dearest blog, I will be missing u. sedihnya. Sob3. Okey, take care semua. May ALLAH bless us. Aminn.
sekian wassalam..
 me wif friends. moga ukhuwah ini akan terus terjalin :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...