Website Signs

Monday, August 30, 2010

padamu ku bersujud :)



Padamu Ku Bersujud


Ku menatap dalam kelam.
Tiada yang bisa kulihat.
Selain hanya namaMu, ya Allah.


Esok ataukah nanti.
Ampuni semua salahku.
Lindungi aku dari.
Segala fitnah.


Kau tempatku meminta.
Kau beriku bahagia.
Jadikan aku selamanya.
HambaMu yang selalu bertaubat.


Ampuniku ya Allah.
Yang sering melupakanMu.
Saat Kau limpahkan karuniaMu.
Dalam sunyi aku bersujud.


Esok ataukah nanti.
Ampuni semua salahku.
Lindungi aku dari.
Segala fitnah.


Kau tempatku meminta.
Kau beriku bahagia.
Jadikan aku selamanya.
HambaMu yang selalu bertaubat.


Ampuniku ya Allah.
Yang sering melupakanMu.
Saat Kau limpahkan karuniaMu.
Dalam sunyi aku bersujud.


Kau tempatku meminta.
Kau beriku bahagia.
Jadikan aku selamanya.
HambaMu yang selalu bertaubat.


Ampuniku ya Allah.
Yang sering melupakanMu.
Saat Kau limpahkan karuniaMu.
Dalam sunyi aku bersujud.
PadaMu.

Saturday, August 28, 2010

pedih ! sakitt ! :(


Assalamualaikum semua.. senyum2 selalu ea.. puasa camne ok tak?? harap2 penuh agy la kan setakat nie.. tgok tajuk entry kali ni sti rmai plik kan kenapa.. huhu..
Yang sebenarnya tadi tangan lia terkena pisau.. banyak sangat darah keluar.. pedih sgt rasa tak payah ckp la kan cmne.. siyes tak leh tgok darah tu, tak sanggup.. habis satu ibu jari dibasahi darah.. pekat lak tu darah warna merah terang.. waa seramnyer.. da lama da tgn ni tak luka.. huk3 sedih ..

Ada kawan lia sampai fobia dgn darah takmo tgok.. huhu.. tak tahu la cmne leh terkena pisau tu.. actually egtkan tak tajam kan, so gune pisau tu bese2 je la nak kata cermat tu tkde la sgt tu yg leh kne 2.. cuaiiiiii ! huhu.. then lepas darah banyak kat tgn tu da kering cepat2 pergi cuci.. pastu letak ubat and letak handiplast.. siyesly sgt pedih nak nangis jew ase.. kalau kat umah mama tlg letakkan ubat tp sebelum tu mesti kne bebel dlu pasal cuai.. rinduuu tak saba nak balik umah..
Inilah hasil nya tgn yang luka tuh..ada banyak darah kan?tp da tk nmpk sebb kne balut ngn handiplast..huhu..kalu korang takut darah sti tak nak tgok silap2 haribulan boleh pengsan plak kat situ.. hik3.. dalam sakit2 pon bleh gelak agy.. isy3 takpe ceria selalu kan..

Ok la setakat ni je la.. tgn sakit tak leh nak taip byk2.. nasib baik kne tgn kiri tau…tkde la effect nak menulis… korang doakan moga tgn lia cepat baik k.. aminn..
Assalamualaikum dan selamat malam semua..
May Allah bless Us ~

Tuesday, August 24, 2010

macam2 yang jadi ^_^



Assalamualaikum semua dan salam sejahtera..harap anda semua sihat walafiat la hendaknya hari ini ea..sebenarnya tuan nye blog ni sendiri pun rasa macam tak sihat sangat, demam.. tapi harap2 demam ni cepat lah baik.. doakan saya k ^_^
Okey tadi la gara2 balik dari bazaar ramadhan pastu hujan turun dengan lebatnya tanpa diduga.. pastu dah la lupa nak bawa payung kan.. habislah basah sume.. huhu.. tak pasal2 jadi main hujan tadi.. sampai je kat bilik cepat2 pergi mandi sebab tak nak bagi demam.. huhu punyalah tak nak demam kan.. yela sape yang nak kna demam kan.. sedih je nanti mesti tak larat je rasa..
Semalam kiteorang wat pesta buah tau kat bilik ada orang sponsor, makan buah manggis dgn rambutan. Dua2 buah kegemaranku.. hihi.. thanks tuk ziha, our sponsor.. kiteorang makan sepuas- puasnya time malam tu maklum la besok kan da puasa da xleh makn da.. tapi ada orang tu kan dye termakan buah rambutan then baru lah teringat yang dye puasa.. kelaka kan yela tak pasan.. sape la insan yg bertuah tu kan.. huhu.. tak tau lah ! 
Sha, zila, imah kenyang tak korang makan buah2 tu?? Harap2 kenyang la kan.. hehe macam da nak termuntah da sebab mkan banyak sangat.. hihi..
Xpe la next tyme kita makan agy okey.. nasib tak makan buah durian jew kalau tak abis satu aras berbau.. huhu..

Ok la nak sambung wat assignment pulak nanti tak siap proposal biology ni karang.. due date nak kne submit proposal ni 26/8/2010 bersamaan dengan hari khamis ni.. waa risaunya takut tak sempat nak siap.. da la ari rabu ada test biology jugak.. bio oh bio.. sy sayang awak.. hehe mengarut je kan..
Ok sekian untuk saat ini..
Salam ..


Saturday, August 21, 2010

Antara Kesilapan Ketika Ramadhan..


KESILAPAN orang yang berpuasa antaranya tidak menetapkan niat fardu puasa pada setiap malam hari walaupun memadai dengan niat di awal Ramadan.
·         Masih makan dan minum ketika azan Subuh.
·         Bersahur awal dan melewatkan berbuka.
·         Berlebih dalam menyediakan juadah berbuka sehingga menghilangkan keberkatan puasa.

 

·         Tidak menjaga solat fardu atau melengah-lengahkannya.
·         Tidak menjaga lidah daripada ucapan sia-sia, mengumpat, memfitnah atau berdusta.
·         Membazir masa dengan melakukan kerja tidak berfaedah seperti menonton televisyen dan mendengar radio.

·         Meringan-ringankan ibadat sunat (berdoa, berzikir, membaca al-Quran, solat-solat sunat dan beristighfar).
·         Tidak menunaikan solat Tarawih.
·         Hanya bersungguh-sungguh melakukan amalan pada awal Ramadan, kemudian mengurangkan amal ibadat di pertengahan dan pada sepuluh malam terakhir.
·         Tidak menghidupkan sepuluh malam terakhir. (Nabi mengejutkan ahli keluarganya beriqtikaf dan berqiamulail).
·         Bakhil, kedekut harta serta tidak membantu orang yang berhajat dan tidak bersedekah.
·         Keluarnya wanita ke masjid dengan memakai perhiasan, wangian yang membawa fitnah.
·         Wanita keluar berduyun-duyun ke pasar membeli juadah (bercampur lelaki dan perempuan yang bukan mahram).

·         Tidak memperbanyakkan takbir pada malam hari raya lantaran sibuk dengan perhiasan rumah dan persediaan kuih-muih.
·         Lewat membayar zakat fitrah sehingga selesai solat hari raya.
·         Berhari raya dengan hawa nafsu, hiburan yang melalaikan dan pembaziran yang melampau.

membazir itu amalan syaitan.. jadi cubalah elakkan pembaziran.. pesanan ini khas buat diri sendiri dan teman-teman..

sekian..

kelebihan disyukuri kekurangan diperbaiki ^_^

sOmeTiMeS tHe bESt WaY To HoLd, OntO sOmEtHiNG Is To LEt iT GO

Jika kamu memancing ikan.. Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.. Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup..

Begitulah juga ..

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang..

Setelah dia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya..

Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja..

Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatimu..


Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.. cukuplah sekadar KEPERLUANmu.. Apabila sekali ia retak.. tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.. Akhirnya ia dibuang..

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi..

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya..Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA..

Anggaplah dia manusia biasa.. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.. akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya..

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi.. yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan.. Berkhasiat.. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..

Terlalu ingin mengejar kelazatan.. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.. Kamu akan MENYESAL..

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.. yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU.. Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.. Terlalu mengejar KESEMPURNAAN..

Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain.. Kamu juga yang akan MENYESAL..

JANGAN TERLALU MENCARI KESEMPURNAAN ^_^
jadi kita perlu menerima kekurangan dan kesempurnaan seseorang dengan seadanya..(",)

Wednesday, August 18, 2010

anDainyA ..


Andainya lelaki tahu..
Dalam hati seorang perempuan
Ada naluri untuk disayangi
Ada rasa ingin diberi perhatian
Ada rasa untuk didengari keluh kesahnya
Ada waktu-waktu minta ditemani kesedihan

Andainya lelaki tahu..
Rajuk seorang perempuan minta dipujuk
Marah seorang perempuan perlu didekati
Sedih seorang perempuan harus didengari
Gembira seorang perempuan ingin dikongsi

Andainya lelaki tahu..
Di sebalik seribu satu rasa itu
Ada sekeping hati nan lembut
Bukan untuk ditatang bagai minyak yang penuh
Bukan jua untuk dimanjai
Hanya perlu sedikit perhatian
Agar rasa kasih itu terasa wujud
Walau saat jauh

Kerana andainya lelaki tahu..
Hati itu akan senantiasa bertanya
Pada diri seorang perempuan
Wujudkah cinta itu di hati lelaki
Bila saat jauh tanpa perkhabaran
Sebagaimana mekarnya cinta itu
Tetap di hati seorang perempuan
Biarpun berkali ombak menghempas
Tak sekali pantai hati itu berubah

p/s : jadi hargailah setiap insan yang bernama perempuan termasuklah ibu kita, kakak,adik perempuan,kawan, dan insan2 yang benama perempuan di sekeliling kita ^_^


jum hayati lirik lagu ni khas untuk wanita (“,)
.:: dehearty ::.
Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita mengharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan
insya allah ^^~

Antara cinta dan persahabatan
Andainya ku diberi pilihan untuk memilih antara kedua-duanya
Akan ku pilih kedua-duanya
 kerana bagiku kedua-duanya adalah amat istimewa
(",)

Tuesday, August 17, 2010

buat insan yang bernama wanita ^_^


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.
Moga2 hari ini lebih baik dari semalam. Hari ni lia nak share something yang rasanya semua wanita patut ambil tahu. Insya allah boleh dijadikan sebagai  panduan bagi wanita yang telah berkahwin, bakal berkahwin, belom berkahwin dan sebagainya. Selamat mencuba ^_^

Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu
Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu
dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita.
Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW.
Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan mberi tazkirah seperti berikut:

"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita.
Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka".

Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang
demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab, "Tidak.
Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh
menjerumuskan kamu ke dalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami."

Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :
1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.

Keterangan:
Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:

Contoh 1
Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat
geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus agaknya."
Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita
memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah,
hatta suami pun kena sumpah.

Contoh 2
Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis."
Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidak
mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah
ditunaikan oleh suami.

Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang
kurang faham : Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa,
seorang isteri,
jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya,
tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki,maka dia akan berkata ,
"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak"
(Terjemahan langsung dari Arab).

[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan
perkataan seperti berikut:
"Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun']

Rasulullah SAW sambung lagi ,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, saya
tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur pahala-pahala amalannya.'
Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah,
kerana ia dapat menyelamatkan kita
dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.


Fadhilat beristighfar:

a.. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X
sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)."
Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW
menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri
melakukannya lebih dari 100 X sehari... Adalah diingatkan untuk mencapai
target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam
amalan-amalan harian kita.

b Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan
dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah
yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti
berdukacita"

c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam
bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk
kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya
dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:

1. Tuturkata/percakapa n yang baik. Yang paling utama ialah terhadap
keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya
bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra,
isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati
Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda
dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala
hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda.
Diriwayatkan juga,
Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum
meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah
SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunya
perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya" .

2. Memberi salam.

3. Memaniskan wajah.


Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda,
"Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu syair

Arab yang berbunyi :
"Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah."
Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang. Mari lah sama2 kita muhasabah diri kita kea rah kebaikan. Insya Allaah.

May Allah bless us. Aminn ~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...