Website Signs

Wednesday, March 24, 2010

Petua turunkan berat badan, awet muda, tumit pecah dan mudah bangun pagi
Teh cina dan limau kasturi untuk turunkan berat badan.


AMBIL 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur. Selain itu amalan meminum perahan air limau nipis atau limau kasturi setiap hari juga mampu menurunkan berat badan. Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Perah airnya ke dalam gelas yang berisi air sejuk.Masukkan ke dalam peti ais. Amalkan minum selepas makan tengahari atau selepas makan malam.


Belimbing buluh atasi tumit pecah

GOSOKKAN tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi.
Cara mudah untuk bangun awal pagi
SEBELUM tidur. tepuk bantal tiga kali sambil berselawat ke atas Nabi S.A.W. Niat dalam hati untuk bangun pagi lnsyaAllah. esok terjaga dengan sendirinya.
Ingin kelihatan awet muda
AMALKAN memotong kuku atau rambut pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur. Sejurus bangun pagi, sebelum mandi amalkan petua ini. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat Nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini. Insya Allah anda akan kelihatan lebih muda.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...