Monday, November 29, 2010

petua kempiskan perut.. hee :)

assalamualaikum semua.. apa khbar??sihat ke?? alhamdulillah kita masih dipinjamkan nyawa oleh Allah hari untuk menjalani kehidupan seperti biasa. moga2 hari ini lebih baik dari semalam. insya Allah. ok hari ni lia nak bagi sedikit tips nak kempiskan perut.Pasti ramai orang akan risau kan bila perut mereka kelihatan buncit jadi tak cantik lagi. Jadi mulai sekarang kita jangan bersusah hati lagi. Cuba amalkan petua2 ni.
Baiklah jom kita lihat satu persatu petua yang saya kumpul dari sebuah majalah dan buku petua. Mudah-mudahan hasilnya menggembirakan kita ya!Sangat mudah kerana bahan-bahan yang di gunakan adalah bahan yang murah malah boleh di pasar atau di tanam sendiri. Jadi kepada pembaca yang mahu mencuba petua-petua di bawah jangan lepaskan peluang.
1.Kempiskan perut dengan Asam Keping.
-Ambil satu atau 2 keping asam keping dan masukkan ke dalam segelas air panas..
-Biar beberapa jam sehingga asam keping menjadi kembang & air menjadi suam..
-Minum setiap pagi dan malam.
-Jika di amalkan selalu insyaalah perut yang buncit akan berkurangan.

2.Lansing dengan teh dan limau kasturi.
-Sebelum sarapan pagi elok di amalkan minum teh tanpa gula.
-Perahkan jus limau kasturi ke dalam teh anda.


3.Lansing dengan daun cekur.
-Ambil segenggam daun cekur, tepung beras,asam jawa,gula merah, gula pasir & garam.
-Campurkan kesemua bahan tadi dan di tumbuk.
-Masukkan 1/2 gelas air.
-Tapis dan minum selama 4 hari berturut- turut.

4.Khasiat asam jawa.
-Ramas air asam jawa dalam 1 gelas.
-Masukkan air tadi ke dalam peti sejuk.
-Minum air tersebut selepas makan tengah hari atau selepas makan malam.
-Lemak di badan pasti akan berkurangan.

5.Lansing dengan biji manjakani.
-Ambil 4 biji manjakani, 5 biji lada hitam dan 3 ulas bawang putih.
-Campur kesemua bahan tadi dan di rebus di dalam periuk tanah.
-Biar mendidih dan di sejukkan.
-Minum air rebusan ini 2 hari berturut-turut.
-Ia melansingkan badan di samping merawat luka dalaman bagi ibu yang baru bersalin.

6.Temu hitam.
-25 gm temu hitam
-25 gm bonglai
-Air 400 ml
-Rebus kesemua bahan tadi ke dalam air sehingga menjadi 200 ml.
-Selepas suam, masukkan sedikit jus limau nipis dan minum setiap hari semasa berpantang.

6 comments:

bungakuning . said...

boleh lah guna petua nih . me memang perut buncit punggg ! :(

alexa yussida said...

mentang2 cuti ek dik?hehe kasi petua kempiskan perut terus..hihihi

enjoy ur holiday oki..rapat2kan hubungan ngn family..tolong parents kat umah oki..u too tc..akak oki je kat sini..

http://blogobo.com/ said...

harap2 boleh kempis la perut ni.. :) hahaha

--------------------------------

hi.. nak jemput ke website baru sy http://blogobo.com/..
mari la lepak2 sini.. tiap2 hari content di update..
kalau baik hati buat la post tentang website sy di blog anda..

aLiya QiStina Danisha said...

hehe aah yela..ok selamat mencuba erk semua :)

amira zakiah said...

alamak liya....bab2 perut nie yang mia lemah nie!adoiyai......bermasalah betul laa

aLiya QiStina Danisha said...

hehe try la petua ni :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...