Saturday, August 21, 2010

Antara Kesilapan Ketika Ramadhan..


KESILAPAN orang yang berpuasa antaranya tidak menetapkan niat fardu puasa pada setiap malam hari walaupun memadai dengan niat di awal Ramadan.
·         Masih makan dan minum ketika azan Subuh.
·         Bersahur awal dan melewatkan berbuka.
·         Berlebih dalam menyediakan juadah berbuka sehingga menghilangkan keberkatan puasa.

 

·         Tidak menjaga solat fardu atau melengah-lengahkannya.
·         Tidak menjaga lidah daripada ucapan sia-sia, mengumpat, memfitnah atau berdusta.
·         Membazir masa dengan melakukan kerja tidak berfaedah seperti menonton televisyen dan mendengar radio.

·         Meringan-ringankan ibadat sunat (berdoa, berzikir, membaca al-Quran, solat-solat sunat dan beristighfar).
·         Tidak menunaikan solat Tarawih.
·         Hanya bersungguh-sungguh melakukan amalan pada awal Ramadan, kemudian mengurangkan amal ibadat di pertengahan dan pada sepuluh malam terakhir.
·         Tidak menghidupkan sepuluh malam terakhir. (Nabi mengejutkan ahli keluarganya beriqtikaf dan berqiamulail).
·         Bakhil, kedekut harta serta tidak membantu orang yang berhajat dan tidak bersedekah.
·         Keluarnya wanita ke masjid dengan memakai perhiasan, wangian yang membawa fitnah.
·         Wanita keluar berduyun-duyun ke pasar membeli juadah (bercampur lelaki dan perempuan yang bukan mahram).

·         Tidak memperbanyakkan takbir pada malam hari raya lantaran sibuk dengan perhiasan rumah dan persediaan kuih-muih.
·         Lewat membayar zakat fitrah sehingga selesai solat hari raya.
·         Berhari raya dengan hawa nafsu, hiburan yang melalaikan dan pembaziran yang melampau.

membazir itu amalan syaitan.. jadi cubalah elakkan pembaziran.. pesanan ini khas buat diri sendiri dan teman-teman..

sekian..

2 comments:

amira zakiah said...

semoga kita dilindungi daripada melakukan perkara2 di atas...amin2!

aliya qistina said...

amin2.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...